kantorbolakantorbolakantorbolakantorbolakantorbola77kantorbola77kantorbola77kantorbola88kantorbola88kantorbola88kantorbola99kantorbola99kantorbola99

Badai Semalam (2025)

Trailer

Nonton Film Online Badai Semalam (2025) | REBAHIN

Nonton Badai Semalam (2025) – Kisah Mazni, anak kepada pembantu rumah bernama Bibah yang bekerja dengan keluarga Tuan Harris dan Puan Rohana. Bibah, sudah begitu lama berkhidmat buat keluarga tersebut dan membesarkan Mazni setelah kematian suaminya, Idris. Namun Mazni berdepan kesukaran kerana status dirinya yang tidak mendapat kerakyatan sebagai warganegara walaupun lahir di Malaysia.

Mazni bersahabat baik dengan Zaki, kawannya sejak kecil yang begitu mengambil berat terhadapnya. Zaki berjanji akan membantu Mazni menyelesaikan isu kewarganegaraannya itu. Mazni tekad menyambung pelajaran sambil bekerja separuh masa. Jika ada kelapangan, Mazni dan Zaki akan membantu anak-anak gelandangan dan anak tidak sah taraf di sekitar Kuala Lumpur. Mereka membuka kelas dan mengajar anak-anak di situ termasuklah Zuhal dan Angela.
Hubungan akrab Mazni dan Zaki tergugat apabila Karim, anak kepada majikan ibunya mula jatuh hati kepada Mazni. Karim, seorang jurutera muda yang gemar berfoya-foya. Mazni sentiasa melayan kerenah Karim dan menjaganya dengan baik hingga Karim nekad memperisterikan Mazni. Demi menghargai Karim, Mazni mempersetujui lamaran Karim. Lagipun hatinya sudah menyukai lelaki itu.
Mazni masih meneruskan usaha mengajar Zuhal, Angela dan kanak-kanak yang lain. Mazni berkongsi masalah dialami anak-anak gelandangan itu. Zuhal ditahan kerana membunuh ayahnya yang kerap memukul ibunya. Manakala Angela pula diculik dan dibutakan matanya untuk disuruh meminta sedekah.
Usaha Mazni bersama Zaki untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan akhirnya berjaya. Namun mereka dikejutkan dengan kematian Bibah yang tidak sempat menerima berita baik tersebut.
Perhubungan Mazni dan Karim mendapat tentangan hebat daripada Puan Rohana yang malu kerana anaknya bakal berkahwin dengan anak orang gaji. Mazni juga difitnah mengandung. Karim nekad memperisterikan Mazni dan akhirnya mereka dihalau keluar dari rumah oleh Puan Rohana.
Perkahwinan mereka bahagia. Namun kebahagiaan itu tidak lama. Muncul Azizah, bekas teman wanita Karim yang menabur fitnah. Sementara itu Karim juga termakan hasutan kawan-kawannya untuk hidup berfoya-foya. Sedangkan Mazni berjuang memberi penumpuan terhadap peperiksaan akhirnya.
Sementara itu Zaki yang sudah pun bertugas sebagai doktor pelatih. Persahabatan Mazni dengan Zaki sebenarnya amat dicemburui oleh Karim. Hingga satu hari Mazni cedera dipukul oleh Karim. Namun Mazni nekad meminta cerai. Karim kecewa dengan permintaan Mazni bertindak di luar kawalan memandu kereta hingga terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia.
Dengan bantuan Zaki, Mazni mewujudkan satu pondok kecil untuk membela nasib anak-anak gelandangan menuntut ilmu. Dalam kekosongan itu, Mazni tidak terus menerima kehadiran Zaki sebagai teman hidupnya. Mazni pergi jauh ke luar negara mengejar impian dan cita-citanya. Namun masihkah ada jodoh antara keduanya?